Tempahan

Diskaun diberi bagi penginapan lebih dari dua hari. Hubungi kami untuk tempahan awal dan keterangan lanjut.

Pengenalan

Adiba Homestay.

* Daftar masuk pada jam 2.00 petang

* Daftar keluar pada jam 12.00 t/hari

Deposit RM50.00 bagi tempahan tarikh.

* (Anda boleh Daftar Masuk lebih awal dan daftar keluar lewat tertakluk kepada kekosongan rumah dan tempahan yang sedia ada )

Kemudahan yang disediakan


Rangkaian Homestay yang tersedia sekitar daerah Segamat.
1. Bandar Utama ( 4 Bilik /3 bilik air)
Kemudahan / Kelengkapan :
- Bilik Utama (Penghawa dingin)
- Bilik Lain (Kipas angin)
- Set TV
- Keseluruhan rumah berjubin.
- 2 bilik (set katil kelamin) 2 bilik ( 2 set katil bujang).
- 4 katil Tambahan.
- Car Porch.

- Dapur memasak lengkap dengan dapur gas, peralatan memasak dan sedozen pinggan mangkuk.
- Ruang makan yang selesa dengan meja makan.
- Ruang tamu yang selesa dengan kerusi set.
- seterika dan papan seterika.
- Mesin basuh dan Ampaian.
- Sejadah dan Telekung.

Kemudahan sampingan :-
- Berdekatan dengan deretan kedai di Bandar Utama
- Terletak di tengah pusat bandar Segamat.
- sebaris jalan dengan Nagoya Tekstil dan KIPMART yang bakal dibuka.
- 8km dengan UITM Segamat.
-500m ke kolej kejururawatan Segamat.
- Berdekatan dengan Pasaraya (Billion, Nirwana, Upwell, Giant, Jakel)
- berdekatan dengan pasar malam setiap hari sabtu.

Harga : RM220.00/semalam


2. Taman Yayasan (4 bilik /4 bilik air)
Kemudahan / Kelengkapan :
- Set TV.
- Semua bilik dilengkapi dengan kipas angin sahaja

- 2 bilik (set katil kelamin) 2 bilik ( 2 set katil bujang).
- 3 katil Tambahan.
- Car Porch.

- Dapur memasak lengkap dengan dapur gas, peralatan memasak dan sedozen pinggan mangkuk.
- Ruang makan yang selesa dengan meja makan.
- Ruang tamu yang selesa dengan Karpet dan Kerusi set.
- seterika dan papan seterika.
- Mesin basuh dan Ampaian.
- Sejadah dan Telekung.

Kemudahan sampingan :-
- Berdekatan dengan deretan kedai di Taman Yayasan
- Terletak di Hi-Way Segamat Kuantan
- Berdekatan dengan UITM Segamat. (8km)
- Berdekatan dengan Pasaraya (Nirwana dan Pasar borong taman yayasan).
- berdekatan dengan pasar malam setiap hari Khamis.
Harga : RM200.00/Semalam

3. Bukit Siput ( 2 Bilik/ 1 bilik air).
Kemudahan / Kelengkapan :
- Set TV.
- Semua bilik dilengkapi dengan kipas angin sahaja
- Keseluruhan rumah berjubin.
- 2 bilik (set katil kelamin)
- Car Porch.
- Dapur memasak lengkap dengan dapur gas, peralatan memasak dan sedozen pinggan mangkuk.
- Ruang makan yang selesa dengan meja makan.
- Ruang tamu yang selesa dengan kerusi set.

Kemudahan sampingan :-
- Berdekatan dengan deretan kedai di Bukit Siput
- Berdekatan dengan Hospital Segamat dan Bandar IOI
Harga : RM150.00/Semalam

4. Kg Jawa (2 Bilik/ 1 bilik air)
Kemudahan / Kelengkapan :
- Set TV.
- Semua bilik dilengkapi dengan kipas angin sahaja

- 1 bilik (set katil kelamin) 1 bilik ( 2 set katil bujang).

- Car Porch.

- Dapur memasak lengkap dengan dapur gas, peralatan memasak dan sedozen pinggan mangkuk.
- Ruang makan yang selesa dengan meja makan.
- Ruang tamu yang selesa dengan kerusi set.

Kemudahan sampingan :-
- Berdekatan dengan deretan kedai di Kg. jawa
- Berdekatan dengan Masjid (200m)
- Berdekatan dengan Pasaraya (Billion, Nirwana, Upwell dan Giant.

Harga : RM150.00/Semalam

SYARAT TAMBAHAN

BAYARAN DEPOSIT KUNCI SEBANYAK RM100.00 PERLU DIBAYAR SEWAKTU CHECK-IN BAGI MEMASTIKAN PERALATAN DALAM RUMAH PENGINAPAN MASIH UTUH SEWAKTU CHECK-OUT.
Kadar sewaan berbeza-beza bagi setiap homestay kami.
Pakej harian - RM 150 – 200 (KECUALI CUTI SEKOLAH- TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN & KADAR SEMASA). Keselesaan maksimum penghuni per bilik dua orang. Tambahan tilam dan bantal TIDAK dikenakan caj.

PERINGATAN:
1. Bayaran tambahan dikenakan sekiranya katil, set sofa, peti sejuk, almari, rak dan kesemua perabot dipindahkan dari lokasinya seperti tilam, bantal, kusyen diturunkan ke lantai dan set sofa dipindahkan daripada kedudukan/posisi asalnya.
2. SILA PASTIKAN KUNCI DIPULANGKAN PADA HARI ANDA CHECK-OUT, DEPOSIT RM50.00 TIDAK AKAN DIPULANGKAN JIKA ANDA GAGAL MEMULANGKAN KUNCI PADA TARIKH CHECK-OUT.

Penginapan untuk

* Penginapan yang selesa bagi sebarang acara :
1. Perkahwinan.
2. Progam Sekolah/Universiti.
3. Bercuti.
4. Konvokesyen/ pendaftaran pelajar di UITM, kolej kejururawatan atau ke Kolej Matrikulasi

Friday, November 4, 2011

November

Sepanjang bulan November ini bermula dari 15hb November, pelajar-pelajar UITM ada yang mendaftar untuk Semester ini. Tempahan diterima bagi ibu bapa yang ingin bermalam sebelum menghantar anak-anak mendaftar. Kami ucapkan terima kasih atas kesudian yang berminat nak menginap di Adiba Homestay. Kalu xramai yang ikut serta menginap di Homestay kami. bolehlah minta diskaun..... hehehe....kesian plak kalu setakat lima orang yang datang tapi terpaksa plak sewa sebuah rumah yang boleh memuatkan 11 orang.

Monday, July 25, 2011

PULANGKAN KUNCI

Adalah penting bagi penyewa memulangkan kunci pada tarikh check-out bagi mengelakkan deposit anda tidak dipulangkan....jangan tunggu sampai dua tiga hari bagi nak memulangkan kunci. Ini menyukarkan pihak kami nak membersihkan rumah kerana tidak tahu bila masa penyewa keluar dari rumah.

Masa sebenar check out ialah pukul 12 tengah hari... tetapi kami beri kelonggaran untuk penyewa keluar lewat sekiranya tiada penyewa lain pada tarikh check-out tersebut. tapi sekiranya bermalam maka, anda akan dicaj menyewa rumah tersebut.

Sunday, July 3, 2011

Tarikh Sewaan Bulan Jun/julai

12 Jun hingga 1 Julai - Grolier
30 Jun - Pelatih Jururawat
15 Julai - Mizi
22 Julai - Noraida dan Ikhwan

Friday, June 17, 2011

Pentingnya deposit

Tanpa pembayaran deposit sebelum menginap menyebabkan pihak kami tepaksa memberi rumah kepada mereka yang datang awal...Hal ini kerana berlaku penyewa yang dah confirm nak sewa melalui telefon tapi tetiba tak datang plak hari tu. jadi, rugilah... untuk mengelakkan kerugian kami buat keputusan untuk bagi jer rumah kepada yang datang dulu bedasarkan fist come first serve..heheheh tapi kalau dah bayar deposit tu, kami tak bagilah kepada penyewa lain...

Pas tu kalau datang lewat, sampai malam ke segamat contohnya, bagi taulah dulu melalui telefon bahawa penyewa dalam perjalanan supaya kami tau penyewa akan hadir pada tarikh tersebut. tapi kalau tak bagitau awal tu kami bagi jer kalau ada org nak masuk, sebab berlaku gak penyewa yang dah bayar deposit tapi tak datang pada tarikh ditempah dan pinda tarikh yang lain....inipun satu masalah gak...dah malam baru nak bagi tau.....